443 pemandu mabuk ditahan di Kuala Lumpur

Mohd Nadzri - FOTO: ASRIL ASWANDI
Mohd Nadzri - FOTO: ASRIL ASWANDI
A
A
A

SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia menahan seramai 443 pemandu mabuk di Kuala Lumpur sejak Januari hingga Mei lalu.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan, Kawalan Lalu Lintas dan Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, jumlah tangkapan itu adalah terbanyak berbanding negeri lain.

"Kita telah menahan seramai 822 pemandu mabuk di seluruh negeri dalam tempoh yang sama," katanya pada Temubual FB Live Sinar Harian di Studio Sinar Harian, Kumpulan Media Karangkraf di sini hari ini.

Mohd Nadzri berkata, bagaimanapun, statistik tangkapan pemandu mabuk menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu seramai 926 orang kerana memandu atau menunggang kenderaan di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, dalam tempoh lima bulan, sebanyak 22 kemalangan membabitkan pemandu mabuk berbanding 23 kemalangan sepanjang tahun lalu.

“Seramai sembilan orang dilaporkan maut dalam kemalangan sepanjang Januari hingga bulan lalu,” katanya.

Mohd Nadzri turut menyarankan pemilik pusat hiburan atau kedai makan menasihati pelanggan mereka supaya tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

"Pelanggan tersebut boleh menggunakan teksi dan Grab, selain menghubungi rakan atau keluarganya untuk membawa pulang ke rumah," katanya.

Artikel Berkaitan: