Hockademy hantar surat rasmi kepada tiga penaja utama MHC

Laporan Sinar Harian Online 30 Mei lalu.
Laporan Sinar Harian Online 30 Mei lalu.
A
A
A

Hockademy mengambil keputusan menghantar surat rasmi kepada tiga penaja utama Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) bagi memastikan isu kelewatan hadiah kemenangan tidak terus berpanjangan.

Menurut kelab itu, pihaknya telah menghantar surat rasmi kepada tiga penaja utama badan induk tersebut iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan QNet (M) Sdn Bhd.

“Surat dihantar bagi mendapatkan kepastian berhubung status serahan wang penajaan ke atas MHC.

“Aduan terbaharu yang didedahkan menerusi laporan akhbar juga membuktikan bukan hanya Hockademy sahaja yang tidak berpuas hati dengan kelewatan tersebut.

“Sebaliknya beberapa pasukan lain turut senada dengan kami, namun yang demikian ada di antara mereka yang tidak berani untuk tampil ke depan,” katanya kenyataan media itu semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Hockademy tuntut KHM lunas hadiah kemenangan LHM 2020

Hockademy sebelum ini menuntut hadiah kemenangan keseluruhan RM65,000 daripada MHC selepas muncul juara liga wanita dan naib juara Piala Vivian Soars.

Artikel Berkaitan: