Kedai runcit dikompaun RM2,500

Sebuah kedai runcit di Bukit Jelutong, Shah Alam dikompaun RM2,500 kerana menjual gula pasir melebihi harga kawalan.
Sebuah kedai runcit di Bukit Jelutong, Shah Alam dikompaun RM2,500 kerana menjual gula pasir melebihi harga kawalan.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kedai runcit di Bukit Jelutong di sini hari ini dikompaun RM2,500 kerana menjual gula pasir melebihi harga kawalan

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, operasi kira-kira jam 11 pagi itu mendapati gula pasir berkenaan dijual dengan harga RM3.40 berbanding harga yang ditetapkan iaitu RM2.85 sekilogram bagi gula putih bertapis kasar dan RM2.95 sekilogram bagi gula putih bertapis halus.

"Premis yang diusahakan warga Acheh, Indonesia itu telah dikenakan tindakan di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

"Tindakan kompaun serta-merta berjumlah RM2,500 telah dikenakan ke atas premis terbabit," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, pihaknya memberi amaran keras kepada peniaga agar tidak menjual barangan kawalan melebihi harga yang ditetapkan.

Katanya, sekiranya ingkar, tindakan tegas dengan denda yang tinggi akan dikenakan.

"Semua peniaga tidak kira siapa perlu mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Pihak KPDNHEP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana peniaga yang cuba mengambil kesempatan," katanya.

Artikel Berkaitan: