Kluster DTI Bukit Jalil melonjak, 270 kes baharu

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes positif wabak koronavirus (Covid-19) di Kluster Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil hari ini melonjak kepada 608 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 270 kes baharu dilaporkan melibatkan pendatang tanpa izin (PATI) yang ditahan di pusat tahanan tersebut.

Menurutnya, kesemua kes positif yang dikesan di pusat tahanan itu melibatkan warga asing.

"Ini (jumlah tahanan yang didapati positif) merupakan sampel ulangan bagi orang kena tahan (OKT) yang dikuarantin di depot ini.

"Mereka telah terdedah kepada kes positif sebelum ini," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan seramai 1,545 individu telah menjalani ujian saringan.

"Daripada jumlah itu, 608 didapati positif, 32 negatif manakala 905 masih menunggu keputusan," katanya.

Artikel Berkaitan: