Tiga lelaki leka punggah arak seludup ditahan polis

Minuman keras dipercayai diseludup untuk dijual kepada pasaran tempatan dirampas.
Minuman keras dipercayai diseludup untuk dijual kepada pasaran tempatan dirampas.
A
A
A

KULIM - Polis menahan tiga lelaki yang sedang memunggah minuman keras dalam sebuah lori disyaki di seludup di Kampung Lama, Lunas kira-kira 11 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Mohd Yusuf Shaari berkata, dalam serbuan sama, sebanyak 3,840 tin minuman keras yang disyaki untuk pasaran tempatan bernilai RM63,000 dirampas.

"Kesemua suspek berusia antara 27 hingga 42 tahun itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan di sebuah kawasan lapang," katanya kepada media hari ini.

Mohd Yusuf (tengah) menunjukkan rokok yang dipercayai diseludup.
Mohd Yusuf (tengah) menunjukkan rokok yang dipercayai diseludup.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah premis di kampung sama kelmarin, polis merampas sebanyak 40,600 batang rokok pelbagai jenama dianggarkan berjumlah RM10,000

"Seorang lelaki berusia 46 tahun yang juga pemilik premis turut ditahan kerana dipercayai menjalankan perniagaan rokok disyaki diseludup dalam serbuan pada jam 7 petang itu.

"Kesemua yang ditahan direman tiga hari mulai mulai semalam untuk disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam," katanya.

Artikel Berkaitan: