X

Kindly register in order to view this article
!

Muhyiddin kembali masuk pejabat

Mesyuarat Kabinet diadakan menerusi sidang video
A
A

PUTRAJAYA - Selepas 14 hari dikuarantin gara-gara menjadi salah seorang kontak rapat kepada pesakit koronavirus (Covid-19), Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini kembali memulakan tugas di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Muhyiddin memulakan tugasnya hari ini dengan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi sesi pra Kabinet menerusi persidangan video.

Beliau kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang dihadiri semua anggota Jemaah Menteri.

Bagaimanapun, ia juga diadakan secara persidangan video di mana menteri Kabinet berada di bilik mesyuarat berasingan di bangunan tersebut.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Langkah itu bagi memastikan amalan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat dapat dilaksanakan pada setiap masa.

Sebelum ini, Muhyiddin dan ahli mesyuarat pasca Kabinet diarah menjalani kuarantin di rumah mengikut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342).

Ia selepas salah seorang pegawai kerajaan yang hadir mesyuarat berkenaan disahkan positif Covid-19.

Ujian saringan dijalankan terhadap kesemua ahli mesyuarat tersebut mendapati negatif Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus