Ini bukan Najib yang kata

Laporan Indeks Pelopor (IP) 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka terus perlahan bagi Suku Tahun Pertama 2019.9
Laporan Indeks Pelopor (IP) 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka terus perlahan bagi Suku Tahun Pertama 2019.9
A
A
A
KUALA LUMPUR- Prestasi ekonomi negara dijangka akan semakin lembap untuk beberapa bulan akan datang dan tahun depan.

Susulan itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan kebimbangannya dengan situasi itu.

“Berdasarkan laporan Indeks (Pelopor) ini, jabatan statistik telah membuat rumusan bahawa prestasi ekonomi negara akan semakin lembab untuk bulan-bulan yang akan datang dan bagi tahun depan.

“Ini bukan Najib yang kata tetapi Jabatan Statistik Negara yang cakap. Saya risau dengan pengurusan dan hala tuju ekonomi negara kita sekarang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi keratan laporan Indeks Pelopor (IP) 2018 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi dijangka terus perlahan bagi Suku Tahun Pertama 2019 dengan indeks susut 1.7 peratus pada bulan September 2018.

Mengulas lanjut, Najib berkata perkara yang lebih membimbangkannya ialah angka penyusutan semakin menjunam untuk tiga bulan yang terakhir.

“Laporan menunjukkan indeks ini telah susut bagi tempoh empat dari lima bulan yang dipantau selepas PRU14 iaitu daripada Mei sehingga September berbanding indeks yang semakin naik sebelum itu.

“Yang semakin naik sebelum PRU, tiba-tiba berubah semakin menurun. Ini ekonomi Malaysia, bukan ekonomi Hong Kong. Sila jaga baik-baik dan jangan tidur,” katanya.

Artikel Berkaitan: