Tiga sekawan merompak didakwa di mahkamah

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang wanita.

Kesemua membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mahyun Talib.

Mengikut pertuduhan, T Vicneshwar, K Sasitharan dan M Sivaraj melakukan kesalahan itu pada 22 Mei lalu jam 2.30 petang di stesen minyak di Brickfields Sri Hartamas membabitkan kerugian anggaran RM500.

Mereka dituduh di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan (KK) dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu penjara selama 20 tahun dan boleh disebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwaraya, Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan jaminan tetapi peguam K Komagan yang mewakili kesemua tertuduh merayu jaminan dengan alasan kesemua anak guamnya akan memberi kerjasama kepada polis.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan setiap seorang penjamin dengan syarat tambahan hadir di balai polis pada setiap 1 haribulan dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh bagi sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: