MFL kena rangka perancangan holistik

Banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh badan pentadbir liga MFL untuk memastikan saingan liga dapat diteruskan dengan lancar.
Banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh badan pentadbir liga MFL untuk memastikan saingan liga dapat diteruskan dengan lancar.
A
A
A

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) diharap dapat menyediakan perancangan menyeluruh demi kebaikan semua pihak sekiranya Liga Malaysia (Liga-M) bersambung semula September depan.

Pengurus Selangor, Mahfizul Rusydin berkata, banyak perkara yang perlu diperhalusi oleh badan pentadbir liga itu untuk memastikan saingan liga dapat diteruskan dengan lancar.

Mahfizul
Mahfizul

“Sudah tentu ia bukan tugas mudah buat MFL kerana mereka perlu melihat banyak perkara sebelum membuat sebarang perancangan menyambung semula Liga-M.

“Bagi kami sudah tentu perancangan itu perlulah menyeluruh kepada semua pihak dari segi keselamatan pemain, persediaan pasukan dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Pada masa sama, beliau turut meminta MFL menjadualkan semula perlawanan supaya lebih adil dan tidak membebankan kepada pasukan yang bertanding.

“Jika liga disambung semula, sudah tentu jadual perlawanan akan menjadi padat. Ada sesetengah pasukan yang terpaksa bermain di tempat lawan secara berturut-turut dan ia akan meletihkan pemain kerana perlu travel setiap perlawanan.

“Penganjuran pada waktu perlawanan juga perlu diperhalusi supaya tidak timbul kemungkinan pemain atau pegawai dijangkiti Covid-19. Jika ada pemain yang disahkan positif ataupun ada kontak rapat dengan orang positif Covid-19, macam mana pula prosedurnya?

Artikel Berkaitan:

“Adakah semua pemain perlu dikuarantin selama 14 hari dan ia sudah tentu akan menjejaskan perjalanan liga. Semua ini perlu ada dalam perancangan agar tidak timbul masalah nanti,” jelasnya.