X

Kindly register in order to view this article
!

Kluster Pangsapuri Cheras: Mungkin sebab kunjungan sempena Aidilfitri

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Penularan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) di Pangsapuri Cheras berkemungkinan besar berkaitan dengan aktiviti kunjung mengunjung sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, siasatan lanjut masih dilakukan.

"Seperti yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) maklumkan sebelum ini, terdapat satu kluster baharu di sebuah pangsapuri di Cheras, Kuala Lumpur.

"Kes pertama kluster ini telah dikenal pasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz yang telah dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan KKM.

"Bagaimanapun, melalui siasatan tiada pelajar, guru atau kakitangan dari pusat tahfiz tersebut yang mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, susulan itu siasatan dan saringan kontak rapat bagi keenam-enam kes tersebut telah dijalankan.

Katanya, setakat ini, seramai 120 orang dikenal pasti dan disaring, enam didapati positif, 76 negatif dan 38 masih menunggu jawapan.

"Mereka telah dikesan melalui tindakan pengesanan kes secara aktif. Kes-kes positif kluster ini merupakan ahli keluarga dan rakan kepada kes pertama yang dikesan," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus