Penjara Pengkalan Chepa ubahsuai pagar 'anti panjat'

Mat Yaacob (kiri) di Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Pengkalan Chepa, di sini
Mat Yaacob (kiri) di Majlis Serah Terima Tugas di Penjara Pengkalan Chepa, di sini
A
A
A

KOTA BHARU – Penjara Pengkalan Chepa bakal berwajah baharu dilengkapi ciri-ciri keselamatan melalui pengubahsuaian pagar ‘anti panjat’ melibatkan peruntukan sebanyak RM12 juta.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, pihaknya mengakui struktur bangunan penjara yang dibina sejak tahun 1970-an itu antara cabaran bagi memastikan ciri-ciri keselamatan sentiasa terjamin.

“Memang penjara ini sudah melepasi kapasiti banduan yang sebenar. Bangunan lama dan uzur termasuk pagar yang tidak mengikut spesifikasi.

“Bagaimanapun kita bangga kerana masih boleh menjaga keselamatan banduan sebaik mungkin dan tiada pembolosan berlaku. Insya-ALLAH, projek pengubahsuaian telah diluluskan dan akan dilaksanakan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mat Yaacob
Mat Yaacob

Terdahulu, beliau ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas melibatkan beliau dan Penolong Kanan Komisioner Wan Sani Ab Latiff yang kini dilantik sebagai Pengarah Penjara Pengkalan Chepa.

Mengulas lanjut, katanya, isu kebanjiran banduan di penjara Kelantan tersebut sudah diambil maklum pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

“Pihak Ibu Pejabat ada perancangan menghadapi isu ini dan menjelang tahun 2030, banduan akan dilatih untuk bersama masyarakat melalui beberapa pelan khusus dan sebagainya,” katanya.

Artikel Berkaitan: