X

Kindly register in order to view this article
!

Rusuhan di AS: Trump ancam guna tentera pulih ketenteraman

Donald Trump
Donald Trump
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengancam untuk mengerahkan anggota tentera bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah kematian George Floyd yang maut ketika dalam tahanan polis pada minggu lalu di Minneapolis, lapor agensi berita Xinhua.

"Jika pentadbiran bandar atau negeri enggan ambil tindakan yang perlu untuk mempertahankan nyawa dan harta benda, jadi saya akan mengerahkan tentera negara untuk menyelesaikan masalah mereka," kata Trump di Rumah Putih, ucapan pertamanya sejak kematian Floyd.

Trump berkata, beliau mungkin akan menggunakan Akta Pemberontakan 1807 yang jarang digunakan, memberi kuasa kepada presiden untuk mengerahkan pasukan tentera secara sepihak.

Berikutan itu, Trump menegaskan beliau akan menghantar "ribuan tentera dan pegawai penguatkuasa" untuk memulihkan ketenteraman.

Helikopter kelihatan berlegar di ruang udara di Lafayette Park ketika Presiden AS itu berucap, polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun berdekatan Rumah Putih.

ARTIKEL BERKAITAN: Demonstrasi tanda solidariti merebak ke Jerman, NZ dan UK

Rusuhan di AS, perintah berkurung dikuat kuasa di Washington

Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Isteri pembunuh George Floyd fail perceraian

Kematian George Floyd: Rumah Putih dikawal ketat

Bantah kematian George Floyd, darurat diisytihar di Minnesota

Trump dilaporkan berkata, gabenor negeri 'emah' kerana gagal mengawal keadaan dan mengekang rusuhan daripada terus merebak.

Floyd, 46, ditahan pada 25 Mei, didakwa cuba menggunakan wang palsu di sebuah kedai di Minneapolis, Minnesota.

Insiden itu menimbulkan kemarahan rakyat apabila rakaman video yang tular di Facebook menunjukkan pegawai polis Derek Chauvin menggunakan kekasaran ketika menahan Floyd.

Chauvin menekan lututnya di leher Floyd selama hampir 9 minit sehingga mangsa sukar bernafas dan rayuannya langsung tidak diendahkan anggota polis itu, malah lelaki itu kemudian disahkan meninggal dunia di hospital. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!