Bantah kematian George Floyd, darurat diisytihar di Minnesota

Seorang polis menggunakan kekerasan ketika menahan Floyd biarpun lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu.
Seorang polis menggunakan kekerasan ketika menahan Floyd biarpun lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu.
A
A
A

WASHINGTON - Gabenor Tim Walz pada Khamis mengisytiharkan darurat di Minnesota semalam selepas tunjuk perasaan ekoran kematian George Floyd bertukar menjadi ganas.

Menurut agensi berita Xinhua, Floyd maut pada petang 25 Mei lalu sejurus seorang polis menggunakan kekerasan ketika menahannya biarpun lelaki berusia 40-an itu berulang kali merayu.

Lelaki itu dikatakan sukar bernafas apabila anggota polis terbabit menekan leher mangsa dengan lututnya.

Perintah darurat dikeluarkan Walz selepas Datuk Bandar Minneapolis, Jacob Frey memohon sesuatu dilakukan memandangkan banyak kerosakan dan keganasan berlaku dalam rusuhan yang tercetus pada Rabu malam itu di Minneapolis.

Kebakaran akibat protes terhadap kematian Floyd di Minnesota.
Kebakaran akibat protes terhadap kematian Floyd di Minnesota.

"Keadilan mesti ditegakkan, kematian George Floyd perlu dibela," kata Walz dalam satu kenyataan.

"Sudah sampai masanya untuk membina semula sistem keadilan kita."

Protes pada awalnya berlangsung secara aman, bertukar ganas apabila penunjuk perasaan melepaskan tembakan dan bertindak membakar beberapa buah bangunan berhampiran lokasi kejadian.

Artikel Berkaitan:

Demonstrasi turut merebak ke beberapa bandar lain termasuk Los Angeles dan Memphis. - Bernama