Anggota polis Minneapolis didakwa membunuh George Floyd

Derek Chauvin didakwa menyebabkan kematian George Floyd ditahan pada Isnin. Foto: Agensi
Derek Chauvin didakwa menyebabkan kematian George Floyd ditahan pada Isnin. Foto: Agensi
A
A
A

SAINT PAUL - Seorang anggota Jabatan Polis Minneapolis yang dituduh menyebabkan kematian lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata didakwa di mahkamah atas kesalahan membunuh semalam, kata pihak berkuasa.

Derek Chauvin, salah seorang daripada empat anggota polis yang dipecat selepas video yang tular di media sosial memaparkan beliau menindih tengkuk George Floyd dengan lutut selama lima minit sehingga mangsa tidak sedarkan diri pada Isnin lalu.

Tangan Floyd ketika itu bergari.

“Bekas anggota polis Derek Chauvin kini ditahan.

“Chauvin telah didakwa atas kesalahan membunuh," kata pendakwa raya daerah Hennepin, Mike Freeman kepada pemberita.

Senator Amy Klobuchar dari Minnesota menyifatkan penahanan dan pendakwaan ke atas Chauvin itu sebagai langkah pertama ke arah menegakkan keadilan.

Kematian Floyd, 46, telah mencetus tunjuk perasaan di Minneapolis dan beberapa bandar lain di AS sejak Rabu sebagai bantahan atas keganasan polis terhadap etnik kulit hitam.

Tunjuk perasaan kemudian bertukar ganas menyebabkan banyak kedai rosak dan balai polis dibakar.

Artikel Berkaitan:

Seramai 500 anggota Pengawal Kebangsaan Minnesota telah dikerah ke Minneapolis semalam untuk menjaga keamanan.

Presiden AS, Donald Trump semalam mengkritik pihak berkuasa tempatan yang disifatkannya lemah menangani keadaan dan menggelar penunjuk perasaan sebagai samseng. - AFP