X

Kindly register in order to view this article
!

Fullrich Malaysia lantik Kamarul Ariffin sebagai pengerusi baharu

Kamarul Ariffin Mohd Jamil
A
A

FULLRICH Malaysia Sdn Bhd (Fullrich Malaysia) mengumumkan pelantikan Kamarul Ariffin Mohd Jamil sebagai pengerusinya yang baharu berkuat kuasa semalam.

Fullrich Malaysia berkata, Kamarul Ariffin merupakan individu yang tidak asing dalam industri kewangan dan perbankan.

“Kami percaya dengan pengalaman dan ilmu pengetahuan luas yang dimilikinya, terutamanya dalam bidang perbankan dan industri kewangan.

“Beliau mampu membantu membimbing Fullrich Malaysia melalui pelbagai cabaran dan mencapai hasrat syarikat untuk menjadi antara 10 syarikat fintech (teknologi kewangan) teratas di Malaysia menjelang tahun 2025,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menurutnya, syarikat yakin kepakaran dan prestasi Kamarul Ariffin mampu menjadikan Fullrich Malaysia berkembang pesat ke fasa pembangunan seterusnya.

Kamarul Ariffin yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Cambridge, United Kingdom mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam arena kewangan, perbankan dan korporat.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Affin Islamic Bank Bhd dari Januari 2006 hingga April 2015 sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif AFFIN Holdings Berhad sehingga Mac 2020.

Sementara itu, Fullrich Malaysia juga mengucapkan terima kasih kepada Sun JianWei yang pernah berkhidmat sebagai pengerusi syarikat berkenaan sejak 2017.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus