22 motosikal disita, 209 saman dikeluarkan

Polis melaksanakan Op Motosikal sepanjang empat hari di sekitar daerah Kuala Langat, Selangor bermula Khamis lalu sehingga semalam.
Polis melaksanakan Op Motosikal sepanjang empat hari di sekitar daerah Kuala Langat, Selangor bermula Khamis lalu sehingga semalam.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis menyita 22 buah motosikal dan mengeluarkan 209 saman sepanjang tempoh empat hari operasi Op Motosikal di sekitar daerah ini sejak Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi terbabit dijalankan di empat lokasi berasingan di Rimbayu, Bandar Saujana Putra, pekan Banting dan Taman Banting Baru.

"Dalam operasi ini, kesalahan tidak memakai topi keledar mencatatkan saman paling tinggi dengan 71 kes diikuti cermin sisi (40), nombor pendaftaran (34) dan tiada lesen memandu (28).

"Kesalahan lain yang juga dikesan antaranya adalah ubahsuai ekzos (22), bawah umur (9) dan beberapa kesalahan lain," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Operasi dijalankan di empat lokasi berasingan di Rimbayu, Bandar Saujana Putra, pekan Banting dan Taman Banting Baru.
Operasi dijalankan di empat lokasi berasingan di Rimbayu, Bandar Saujana Putra, pekan Banting dan Taman Banting Baru.

Azizan berkata, tindakan tegas pihaknya telah menyita 22 buah motosikal antaranya jenis Honda EX5, Yamaha Y15 dan Yamaha Lagenda kerana mengubahsuai enjin, ekzos selain tiada perlindungan insurans.

Katanya, operasi sebegini akan terus dilakukan biar pun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Masyarakat diingatkan agar mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

"Usahlah disebabkan nampak kelibat polis baru hendak patuh undang-undang. Penetapan undang-undang adalah untuk kepentingan bersama selain dari keperluan menjaga keselamatan diri sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Polis tidak akan ada berkompromi khususnya yang melibatkan pelanggaran jenayah termasuk keperluan memastikan pengguna jalan raya dalam keadaan selamat dan juga keperluan untuk memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin.

"Ibu bapa juga boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya membiarkan anak-anak bawah umur menunggang motosikal tanpa lesen dan insurans," katanya.

Polis menyita 22 buah motosikal dan mengeluarkan 209 saman sepanjang tempoh empat hari operasi Op Motosikal.
Polis menyita 22 buah motosikal dan mengeluarkan 209 saman sepanjang tempoh empat hari operasi Op Motosikal.