Bincang sebelum buat keputusan

Dr Aminuddin (duduk, tengah) bersama pimpinan Bersatu Bahagian Jeli membincangkan agenda memperkasa parti itu dalam pertemuan ringkas di sini.
Dr Aminuddin (duduk, tengah) bersama pimpinan Bersatu Bahagian Jeli membincangkan agenda memperkasa parti itu dalam pertemuan ringkas di sini.
A
A
A

JELI - Pimpinan PH Jeli diharap dapat mengadakan perbincangan bersama sebelum membuat sebarang keputusan agar parti gabungan dalam PH mengetahui perancangan dilakukan walaupun dalam pasukan berlainan.

Pengerusi PH Jeli, Dr Aminuddin Yaacob berkata, beliau berharap semua pihak boleh memberikan kerjasama sekali gus memenuhi kehendak pucuk pimpinan.

“Kalau boleh kita bincang apa yang ingin dilakukan, aktiviti apa, di mana dan bila, supaya semua parti gabungan dalam PH ini tahu pergerakan setiap dari kita walaupun dalam pasukan berlainan.

“Ia juga termasuk dalam bab penubuhan cawangan, dan beberapa isu- isu lain. Kalau boleh maklumkan agar ia selari dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi,” katanya.

Sebelum itu, Dr Aminuddin yang juga Ketua Bersatu Bahagian Jeli mengadakan pertemuan ringkas bersama pimpinan Bersatu bahagian di sini.

Hadir sama, Naib Ketua Bersatu bahagian, Azman Lattif dan Setiausahanya, Wan Thakormunshi Wan Mustaffa.

Dalam pada itu, Dr Aminuddin berkata, Bersatu Jeli menyasarkan sekurang- kurangnya 10, 000 ahli berjaya didaftarkan parti itu menjelang penghujung tahun ini.

“Setakat ini kita sudah daftarkan kira- kira 4,000 ahli termasuk Srikandi dan Armada. “Sasaran kita sepanjang tahun ini 6, 000 lagi dapat didaftarkan dan gerakan menambah bilangan ahli melalui program- program kemasyarakatan dijalankan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya juga menyasarkan akan menyelesaikan proses penubuhan 28 cawangan di Pusat Daerah Mengundi di parlimen ini selewat- lewatnya pertengahan Februari ini yang turut melibatkan sayap parti, Srikandi dan Armada.

Menurutnya, ahli jawatankuasa bahagian bersama portfolio masing- masing sudah dibentuk dan bersedia memainkan peranan mereka sebaiknya.

Beliau berkata, pihaknya tidak mempunyai halangan untuk bergerak bersama Mustapa Mohamed selaku wakil rakyat di situ kerana beliau pemimpin berpengalaman.

“Bila kita turun padang bersama, ia menguatkan lagi gerak kerja dan silaturahim antara satu sama lain dalam Bersatu dan PH itu sendiri, lagi pun pengalaman beliau dalam kabinet satu ketika dahulu membantu memperkasakan lagi gerak kerja kita hari ini,” katanya.

Beliau berkata, sebagai Pengerusi PH Jeli, beliau akan cuba memastikan gerak kerja bersama antara parti gabungan PH di Jeli seiring.