Lelaki terkaya Filipina meninggal dunia

Foto Sumber Internet
Foto Sumber Internet
A
A
A

MANILA - FILIPINA . Lelaki paling kaya di Filipina, Henry Sy, yang juga merupakan bekas pendatang dari China, dan berjaya membina empayar perniagaan bernilai berbilion dolar, meninggal dunia hari ini, kata kumpulan konglomerat miliknya.

Menerusi laporan AFP, Mendiang, 94, berasal dari bandar Xiamen, China, mengasaskan rangkaian pusat membeli-belah terbesar di Filipina.

Menurut majalah Forbes, setakat semalam kekayaan mendiang bernilai AS$19 bilion (RM70 bilion).

“Henry Sy, meninggal dunia dalam tidur awal pagi ini. Setakat ini masih belum ada maklumat lanjut,” kata kumpulan SM dalam satu kenyataan kepada AFP

Sy membuka kedai kasut pertamanya di Manila pada 1956, perniagaan yang kemudiannya berkembang menjadi empayar pelbagai dengan kepentingan dalam bidang hartanah, perbankan, perlombongan, pendidikan dan kesihatan.

Dalam tempoh beberapa tahun sebelum ini, mendiang menyerahkan urusan perniagaan setiap hari kepada anak-anaknya walaupun beliau masih kekal sebagai pengerusi emeritus SM Investments, salah sebuah konglomerat terbesar di negara itu.

No Image Caption

Selepas kedai mereka dimusnahkan semasa Perang Dunia II, bapa Sy kembali ke China tetapi Henry memilih untuk tinggal di Filipina.

Artikel Berkaitan:

Beliau mendapat ijazah perniagaan dari sebuah universiti di Manila dan mula menjual kasut di sebuah kedai yang kemudiannya berkembang menjadi rantai yang bernama ‘ShoeMart’.

Menjelang tahun 1972, kedai-kedainya mula berkemabang dan menjual pelbagai jenis barangan, dan nama tersebut ditukar kepada SM Department Store.

Tetapi pada tahun 1985, Sy sekali lagi mencipta sejarah apabila dia membuka ‘Supermall’pertama di Manila.

Dengan keluasan lebih 424,000 meter persegi (4.6 juta kaki persegi), pusat membeli-belah itu merangkumi berpuluh-puluh kedai, pawagam, restoran, bank dan tarikan lain yang menjadikannya ia sebagai pusat sehenti bagi berjuta-juta orang Filipina.

Selain itu sebagai permulaan, lebih banyak pusat membeli-belah Sy muncul di seluruh negara, sehinggakan terdapat juga yang mempunyai gelanggang luncur ais, jarang di negara tropika.

Syarikat induk Sy, SM Investments Corp membuka mall pertama di China pada tahun 2001 dan telah berkembang di sana juga.

Sehingga 2018, SM mempunyai 70 pusat membeli-belah di Filipina dan tujuh di China serta enam hotel dan lapan bangunan pejabat.