X

Kindly register in order to view this article
!

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

Gambar hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam sesi dagangan awal pada pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap unit tempatan itu apabila peningkatan harga minyak global membantu meningkatkan sentimen pasaran terhadap ringgit.

Pada 9.10 pagi, unit tempatan berada pada 4.3400/3480 berbanding dolar AS daripada paras 4.3450/3500 pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata penanda aras minyak mentah global July Brent menutup dagangan pada Jumaat naik empat sen kepada AS$35.33 setong manakala niaga hadapan minyak mentah WTI bagi Julai meningkat AS$1.78 kepada AS$35.49 setong.

“Harga minyak yang tinggi memberi prospek positif kepada hasil minyak dan gas Malaysia. Bagaimanapun, kenaikan terhad disebabkan kebimbangan atau andaian satu lagi gelombang kelemahan ekonomi global mungkin akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali pound Britain, yang mana ia turun kepada 5.3725/3828 daripada 5.3435/3514.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0765/0839 daripada 3.0768/0810, naik berbanding Yen Jepun kepada 4.0271/0353 daripada 4.0528/0586 dan menokok berbanding euro kepada 4.8239/8345 daripada 4.8369/8433 pada Jumaat. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus