X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga, penjaja warga asing masih berdegil

Lokasi di Pusat Bandar Utara yang dijadikan tempat menjaja oleh warga Myanmar yang tinggal di pusat komersil itu.
A
A

KUALA LUMPUR - Kaki lima di Pusat Bandar Utara dikesan masih dijadikan tempat menjaja oleh sebahagian warga asing yang tinggal di kawasan tersebut.

Perkara tersebut dikongsi oleh unit media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Facebook rasminya hari ini berdasarkan pemantauan dan penguatkuasaan yang dijalankan hari ini.

Susulan itu, tindakan sitaan turut dikenakan terhadap peniaga warga asing itu yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

"Pada hari ini di Jalan 6/3A, DBKL mendapati masih terdapat bukan warganegara yang menjalankan perniagaan di siar kaki hadapan lot kedai 29G.

"Mereka bertindak meletakkan bakul-bakul berisi pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan di kaki lima hadapan kedai tersebut," memetik kenyataan itu.

Salah satu premis dikendalikan warga asing di tampal notis penutupan dalam operasi tindakan khas yang dijalankan di Jalan Kenanga dan Jalan Merlimau hari ini.
Salah satu premis dikendalikan warga asing di tampal notis penutupan dalam operasi tindakan khas yang dijalankan di Jalan Kenanga dan Jalan Merlimau hari ini.

Sebelum ini, penguatkuasaan dan pemantauan kawasan yang menjadi penempatan warga asing itu dipergiat selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan itu.

Dalam perkembangan sama, DBKL turut meneruskan tindakan khas ke atas penutupan premis perniagaan dikendalikan warga asing yang dijalankan di Jalan Kenanga dan Jalan Merlimau, hari ini.

"Sebanyak tiga premis dikesan melakukan kesalahan itu telah ditampal notis penutupan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Sek. 101(1)(v)," katanya.

Tindakan khas bermula 8 Mei lalu dengan lebih 81 premis disyaki dikendalikan warga asing tanpa permit sah dan 72 daripadanya ditutup sehingga 26 Mei lalu.

Terdahulu, DBKL bertindak tegas dengan melaksanakan tindakan menerusi Undang-Undang Kecil (UUK) sedia ada bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Ia bagi menangani kebanjiran peniaga warga asing khususnya di sektor tred, perniagaan dan industri serta penjajaan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!