Hasil ujian ke atas kontak rapat kakitangan Wisma Putra negatif

Dr Noor Hisham semasa hadir pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
Dr Noor Hisham semasa hadir pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Ujian saringan yang dilakukan ke atas ahli keluarga dan kontak rapat kepada seorang kakitangan Wisma Putra yang disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) kelmarin, setakat ini disahkan negatif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, semua yang terlibat itu tetap perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

Menurutnya, sebaik kakitangan itu disahkan positif, pengesanan kontak rapat segera dilakukan.

"Semalam dilaporkan seorang kakitangan di Wisma Putra disahkan dijangkiti Covid-19 dan kita sudah mengenal pasti mereka yang berisiko tinggi iaitu ahli keluarga kakitangan terbabit.

"Kesemua mereka sudah menjalani saringan kesihatan dan tiada seorang pun daripada mereka dijangkiti Covid-19," katanya pada sidang akhbar mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Katanya, seramai 18 individu iaitu ahli keluarga yang dikategorikan berisiko tinggi dijangkiti wabak tersebut dan 38 individu yang bertugas di wisma berkenaan telah menjalani ujian saringan itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan kes seorang kakitangan Wisma Putra yang dijangkiti Covid-19.

Media semalam melaporkan, seorang kakitangan Wisma Putra disahkan positif wabak tersebut.

Artikel Berkaitan: