ADUN Johor diberi kelonggaran hantar notis isytihar harta

Suhaizan Kayat
Suhaizan Kayat
A
A
A
KOTA ISKANDAR - Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor memberi kelonggaran kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghantar notis pengisytiharan harta selepas 1 Jun dengan syarat menghantar surat sebab.

Speaker DUN, Suhaizan Kayat berkata, lanjutan tempoh daripada tarikh ditetapkan iaitu 1 Jun dibuat atas pertimbangan berikutan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, pada 1 Disember tahun lepas, DUN Johor telah meluluskan usul yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal ketika itu mewajibkan semua ADUN mengisytiharkan harta masing-masing sebelum 1 Jun 2020.

"Selain dari Pakatan Harapan (PH) saya juga ada terima notis pengisytiharan daripada sebahagian ADUN Perikatan Nasional.

"Sebahagian ADUN ada yang ingin memohon lanjutan tempoh dan masa untuk menghantar notis pengisytiharan harta. Mereka boleh mendapatkan lanjutan dengan syarat perlu menghantar surat sebab," katanya di Pejabat Speaker DUN Johor di sini hari ini.
Artikel Berkaitan: