'Ikut deklarasi aset SPRM, Anwar yang tak isytihar harta'

Anwar, Dr Mahathir
Anwar, Dr Mahathir
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan berkenaan pengisytiharan pendapatan dan harta.

"Mengikut deklarasi aset SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) pada 24 November 2018, di antara yang tidak mengisytihar pendapatan atau aset adalah Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

"Anwar Ibrahim boleh jelas benar atau tidak kenyataan ini," kata bekas perdana menteri itu dalam perkongsian di media sosial.

Dr Mahathir memaklumkan, beliau telah mengisytihar harta sebanyak RM32.35 juta yang merangkumi tiga buah rumah serta aset-aset lain.

Mengikut rekod, Anwar sebelum menjadi Perdana Menteri pernah mengisytiharkan harta pada 2022.

Ia melibatkan aset bersih sebanyak RM11.2 juta merangkumi RM10.4 juta adalah daripada pemilikan empat unit hartanah yang dibeli antara tahun 2005 hingga 2022. - Awani