Syok 'layan' makan durian, Datuk antara 22 dikompaun petang tadi

Seramai 22 individu termasuk beberapa orang yang bergelar Datuk ditahan ketika berkumpul sambil makan durian petang tadi.
Seramai 22 individu termasuk beberapa orang yang bergelar Datuk ditahan ketika berkumpul sambil makan durian petang tadi.
A
A
A

BALIK PULAU - [DIKEMASKINI] Seramai 22 individu termasuk beberapa orang yang bergelar Datuk dikenakan kompaun selepas didapati berkumpul sambil menikmati buah durian di sebuah kedai di Tapak Durian Sungai Pinang di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, kesemua mereka dikompaun RM1,000 setiap seorang ketika polis sedang melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada jam 6.30 petang.

Menurutnya, kesemua yang dikompaun warga tempatan dan berusia lingkungan 30 hingga 64 tahun termasuk pemilik kedai yang berusia 54 tahun.

Kesemua yang ditahan dikompaun RM1,000 kerana berhimpun sambil makan durian di Balik Pulau petang tadi.
Kesemua yang ditahan dikompaun RM1,000 kerana berhimpun sambil makan durian di Balik Pulau petang tadi.

"Ketika membuat rondaan, anggota kita mendapati 22 individu sedang duduk berhimpun di tapak jualan buah durian. Ada antara mereka sedang menikmati buah durian. Ketika polis mendekati tapak jualan itu, mereka mula bangun dan bergerak.

"Bagaimanapun, mereka yang terdiri daripada 20 lelaki dan dua wanita itu tetap dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana didapati melanggar PKPB yang ditetapkan. Ada antara mereka yang bergelar Datuk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Kesemua mereka didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 kerana terlibat dalam perhimpunan untuk tujuan ekonomi (perniagaan durian).

Artikel Berkaitan: