Tujuh rumah terjejas tanah runtuh di Taman Kelab Ukay

Ketua Zon Empat Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof memantau keadaan kawasan kejadian tanah runtuh yang melibatkan tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa hari ini. - Foto Bernama
Ketua Zon Empat Hulu Langat, Penguasa Kanan Bomba Shahrin Yusmar Mat Yusof memantau keadaan kawasan kejadian tanah runtuh yang melibatkan tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

AMPANG - Penghuni tujuh rumah di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa di sini diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan kejadian tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat tersebut awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.21 pagi.

"Seramai 40 penghuni di tujuh rumah berkenaan diarah mengosongkan kediaman masing-masing susulan terdapat keretakan di bahagian belakang rumah mereka,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Penduduk, Norasiah Mohd Nor, 40, berkata, dia terdengar seperti bunyi pokok tumbang dan seakan-akan mozek lantai pecah sebelum mengejutkan suami untuk memeriksa.

Rekahan disebabkan runtuhan tanah di Jalan Kelab Ukay 4 di sini hari ini. Gambar kecil: Norasiah Mohd Nor
Rekahan disebabkan runtuhan tanah di Jalan Kelab Ukay 4 di sini hari ini. Gambar kecil: Norasiah Mohd Nor

"Kebetulan malam tadi (semalam) saya belum tidur dan sedang melayari internet sebelum terdengar bunyi yang kuat di belakang rumah.

"Disebabkan keadaan gelap, saya tak pasti tahap runtuhan itu namun pergerakan itu berlarutan hampir 30 minit," katanya yang memaklumkan kejadian tersebut adalah pertama kali sejak dia menetap di sana 15 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk, Mohd Afiq Muhammad Nazle, 21, berkata, musim hujan kebelakangan ini termasuk petang semalam dipercayai punca berlakunya runtuhan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Saya sedar kejadian itu agak lewat kerana sudah tidur. Kemudian saya kejutkan lima ahli keluarga yang lain dan ikut arahan pasukan keselamatan untuk mengosongkan rumah.