Kerajaan Selangor pantau lokasi tanah runtuh

Amirudin Shari ketika melakukan tinjauan di kawasan runtuhan di Taman Kelab Ukay di sini hari ini.
Amirudin Shari ketika melakukan tinjauan di kawasan runtuhan di Taman Kelab Ukay di sini hari ini.
A
A
A

BUKIT ANTARABANGSA - Kerajaan Selangor akan memantau kawasan tanah runtuh di Taman Kelab Ukay di sini bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penilaian awal dianggarkan tempoh enam bulan untuk pembaikan rumah yang terlibat selain pembinaan tembok.

Beliau turut berharap Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Pengairan dan Saliran bertindak segera memastikan kawasan tanah runtuh dan sungai tidak tersumbat.

"Projek itu sebenarnya sedak dilaksanakan tetapi dihentikan sementara kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB," katanya selepas melakukan tinjauan di kawasan runtuhan di Taman Kelab Ukay di sini hari ini.

Katanya, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan membawa perkara ini kepada Majlis Tindakan Ekonomi.

"Kesemua penghuni terlibat akan ditempatkan di Hotel De Palma dan kita akan bantu mengikut kemampuan," katanya.

Terdahulu, tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay rosak akibat tanah runtuh dalam kejadian kira-kira 2.21 pagi dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah.

Artikel Berkaitan: