ADUN Guar Chempedak dilantik Pengerusi Keda

KU ABDUL RAHMAN
KU ABDUL RAHMAN
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Perkara itu disahkan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Abd Latiff berkata, pihaknya yakin dengan kredibiliti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak itu untuk menerajui agensi berkenaan.

"Sebagai agensi kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Keda dipertanggungjawabkan dalam pelbagai aspek pembangunan dan komited dalam melaksanakan program pembangunan dan perkhidmatan yang berkualiti

"Ia bagi memenuhi kepuasan pelanggan berteraskan perkhidmatan yang cekap, amanah, berkesan dan mesra bagi mencapai matlamat 'mensejahterakan luar bandar'.

"Kementerian Pembangunan Luar Bandar yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman yang luas, diharap dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan agensi pada masa akan datang," katanya.

Artikel Berkaitan: