Dua lelaki ditahan rentas negeri bawa 3.3 tan ketum

Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat kebenaran untuk tahanan reman, hari ini.
Suspek dibawa keluar dari mahkamah selepas mendapat kebenaran untuk tahanan reman, hari ini.
A
A
A

KANGAR - Dua lelaki direman empat hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes cubaan menyeludup 3.3 tan daun ketum di Simpang Empat di sini, Jumaat lalu.

Perintah tahanan reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah, hari ini.

Suspek yang berusia 27 dan 22 tahun itu dibawa ke mahkamah pada jam 9.30 pagi sebelum keluar kira-kira 45 minit kemudian.

Penahanan kedua-dua suspek dilakukan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) pada 7.21 pagi semalam, ketika dikesan berkonvoi membawa daun ketum bagi merentasi negeri untuk diseludup ke negara jiran, Thailand.

Modus operandi mereka menggunakan kereta berkuasa tinggi dan mencabut kerusi penumpang belakang untuk membawa lebih muatan.

Difahamkan, suspek sebelum ini beberapa ditahan atas kesalahan sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Wari Kiew berkata, polis sedang menjejaki rakan suspek bagi melengkapkan siasatan kes di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: