Dah kena patah balik, dikompaun pula lagi

Gambar hiasan. - Foto Siti Shahrosamirah Shaharman
Gambar hiasan. - Foto Siti Shahrosamirah Shaharman
A
A
A

SEPANG - Seramai 84 individu bukan sahaja diarah untuk berpatah balik malah turut dikompaun RM1,000 kerana cuba merentas negeri ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kesemua tindakan individu terbabit dikesan ketika sekatan jalan raya di daerah ini bagi tempoh enam hari bermula hari pertama Aidilfitri.

"Ada di antara mereka dipercayai datang dari Negeri Sembilan untuk masuk ke Selangor. Pelbagai alasan diberi termasuk mahu berjumpa rakan, hendak membeli barang dan mahu beraya," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat supaya duduk di rumah dan hanya keluar apabila ada urusan penting selain perlu mempunyai surat kebenaran untuk merentas negeri.

Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan bahawa polis kini mempertingkatkan pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengesan mereka yang ingkar PKPB dengan memfokuskan 15 kesalahan.

Ini termasuk kesalahan merentas negeri, aktiviti berarak meliputi kunjung-mengunjung rumah ke rumah sempena Aidilfitri, dan membawa lebih daripada tiga penumpang dalam kenderaan persendirian.

Artikel Berkaitan: