X

Kindly register in order to view this article
!

9,654 pekerja asing berdaftar jalani saringan Covid-19

Jagdeep (kiri) diberi penerangan oleh kontraktor ketika membuat lawatan di tapak pembinaan Imperial Grande, Relau pagi tadi.
A
A

GEORGETOWN- Seramai 9,654 daripada 12,023 pekerja asing yang berdaftar di negeri ini menjalani saringan wabak Covid-19.

Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan kerana hanya 5,290 menjalani saringan tersebut minggu lalu.

Menurutnya, peningkatan itu juga membuktikan kesedaran terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pekerja asing dalam sektor pembinaan di Pulau Pinang.

"Daripada 12,023 pekerja asing sehingga semalam, seramai 9,654 iaitu 81 peratus menjalani ujian saringan wabak Covid-19. Minggu lalu hanya 79 peratus iaitu 5,290 dicatatkan minggu lalu.

“Kesedaran pemaju dan majikan meningkat dan diharap kesemua yang membuat ujian saringan negatif Covid-19 keseluruhannya,” katanya pada sidang akhbar ketika lawatan di tapak pembinaan Imperial Grande, Relau, di sini tadi.

Jelasnya, sehingga semalam, 6,780 pekerja asing di bahagian pulau disaring dengan 3,219 daripadanya disahkan negatif.

"Baki yang membuat saringan iaitu 2,889 belum mendapat keputusan. Sementara di kawasan Seberang Perai pula, 3,546 daripada 5,243 pekerja asing yang telah disaring. Seramai 1,510 disahkan negatif manakala 2,036 belum mendapat keputusan lagi.

“Melalui jumlah itu, peratusan ujian saringan Covid-19 pekerja asing di sektor pembinaan di bahagian pulau ialah 99 peratus manakala di kawasan Seberang Perai pula 67.63 peratus,” katanya.

Terdahulu, kerajaan Pulau Pinang menggesa 51,208 pekerja asing dalam sektor pembinaan dan perkilangan di negeri ini menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai SOP di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Fasa 5.

Ia bagi memastikan kesemua pekerja asing di negeri ini bebas jangkitan wabak Covid-19.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus