X

Kindly register in order to view this article
!

Anggota trafik cedera dilanggar warga China

Anggota JSPT yang cedera dalam kemalangan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Kuching menghala pusat bandar raya pagi tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian pada jam 7.05 pagi, sebuah kereta BMW yang dipandu seorang lelaki warga China terlanggar mangsa, Konstabel Amos Borine berusia 28 tahun.

“Kereta yang dipandu lelaki berusia 68 tahun itu tidak sempat mengelak lalu terbabas dan melanggar Amos Borine yang ketika itu mahu melintas jalan untuk ke lokasi kemalangan membabitkan sebuah lori dan pacuan empat roda.

"Mangsa yang mengalami kecederaan di dahi dan mulut dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!