X

Kindly register in order to view this article
!

Kelas online: UniSZA beri elaun telco, pinjaman pembelian laptop

Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan
A
A

KUALA NERUS - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengorak langkah kedepan dalam membantu pelajarnya menghadapi sesi pengajian baharu, susulan pelaksanaan sesi pengajaran dan pentaksiran secara dalam talian yang akan dilaksanakan bermula 31 Mei ini.

Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan berkata, pihaknya telah menyediakan dua inisiatif dalam membantu pelajar menghadiri kelas secara online dan remote learning semasa krisis pandemik koronavirus (Covid-19).

Menurutnya, inisiatif pertama adalah elaun pembelian data sebanyak RM 100 untuk dua bulan dan bantuan pinjaman pembelian komputer riba bagi pelajar yang memerlukan.

"Inisiatif ini disediakan bagi membantu memudahkan pelajar mengikut kelas online yang bermula minggu depan.

"Untuk elaun pembelian data telco, sebanyak RM100 diberikan kepada semua pelajar, berjumlah 9,878 orang untuk tempoh dua bulan.

"Bagi pinjaman membeli komputer riba, UniSZA memperuntukkan kepada 600 pelajar, khusus kepada golongan B40 dengan jumlah RM1,500 seorang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, semua pensyarah juga sudah bersedia untuk mengajar dan mereka telah diberi kursus sebanyak lima kali seminggu berkaitan pengajaran dan pentaksiran secara dalam talian.

"Simulasi kelas secara online telah dibuat pada 17 hingga 21 Mei lepas untuk menguji kebolehcapaian internet pelajar di kediaman masing-masing sebelum pelaksanaan kelas online", katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus