Pegawai kanan Uganda maut akibat Covid-19 di Sudan

No Image Caption
A
A
A

KHARTOUM - Seorang pegawai kanan kerajaan Uganda disahkan meninggal dunia akibat koronavirus (Covid-19) di Sudan, memetik sumber tempatan pada Rabu.

Necva Abbas Kadeh ed-Dem meninggal dunia di sebuah hospital di Khartoum, lapor agensi berita Anadolu.

Beliau merupakan Setiausaha Rendah kepada Presiden Uganda.

Sudan sudah mengesahkan 4,146 kes dan 184 kematian akibat virus itu.

Sejak pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, virus maut itu sudah menular ke sekurang-kurangnya 188 negara dan wilayah.

Amerika Syarikat, Rusia, Brazil dan beberapa negara Eropah paling teruk dilanda wabak itu.

Wabak itu setakat ini meragut lebih 355,000 nyawa di seluruh dunia, dengan lebih 5.69 juta kes disahkan, sementara pesakit yang sembuh melebihi 2.35 juta, menurut Johns Hopkins University. - Bernama

Artikel Berkaitan: