X

Kindly register in order to view this article
!

Pelakon direman 'larikan' isteri orang

Noor Azmi Yusoff
A
A

AMPANG - Seorang pelakon ditahan polis selepas dipercayai membawa keluar wanita yang juga isteri orang dalam kejadian di Taman Sering Ukay Ampang, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian itu disedari suami wanita terbabit kira-kira jam 8 malam selepas mendapati isterinya tiada di rumah dan keluar tanpa izin bersama seorang lelaki yang dikenali.

"Suami wanita terbabit mendapat tahu bahawa isterinya dan pelakon terbabit telah berhubung malah, pelakon berusia 24 tahun itu juga cuba memperdaya dan cuba memikat wanita berkenaan untuk mendapatkan sesuatu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, susulan itu, pada keesokannya, polis telah menahan pelakon terbabit untuk siasatan lanjut.

Katanya, suspek telah direman selama empat hari sehingga Sabtu ini.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan iaitu memikat atau membawa pergi atau menahan seseorang perempuan yang bersuami dengan niat jenayah serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu kelakuan aib," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus