Liverpool tak kisah julang trofi tanpa penonton

Jordan Henderson
Jordan Henderson
A
A
A

KAPTEN Liverpool, Jordan Henderson tidak mahu terlalu memikirkan kemungkinan The Reds terpaksa menjulang trofi tanpa kehadiran penonton sekiranya memenangi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurutnya, apa yang penting perlu digapai oleh Liverpool adalah menyelesaikan musim ini terlebih dahulu dan merealisasikan hasrat penyokong untuk menjuarai liga.

"Kami masih mempunyai tugas untuk dilakukan dan kami masih perlu tampil di tahap tertinggi sehingga musim ini berakhir dengan sempurna buat kami.

"Selepas itu, jika kami menjadi juara tanpa penyokong, kami harus menerimanya kerana ia keadaan yang memaksa. Semoga kejuaraan liga menjadi milik kami dan dapat menggembirakan semua penyokong," katanya.

Liverpool ketika ini gah menerajui takhta EPL dengan perbezaan 25 mata di belakang pasukan kedua, Manchester City dan hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk muncul juara.

Jika berjaya, ia akan menamatkan penantian 30 tahun The Reds untuk muncul juara EPL, namun pasukan kendalian Jurgen Klopp itu berkemungkinan akan meraikan kejuaraan tanpa kehadiran penonton di stadium akibat pandemik Covid-19.

Bagi Handerson, ia tentunya menjadi perkara aneh sekiranya menjulang trofi tanpa kehadiran penonton yang menjadi tradisi setiap kali pasukan menjuarai saingan liga.

"Sudah tentu ia akan berbeza dan aneh kerana memenangi trofi tanpa ada penyokong. Tetapi, ia bukan masalah utama kerana keselamatan yang lebih penting.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang penting adalah menjadi juara terlebih dahulu dan kami akan gembira selepas melakukannya. Meraikan kejuaraan itu boleh dilakukan bila-bila masa sahaja. Mungkin tahun depan apabila penonton sudah dibenarkan datang ke stadium," katanya.