Jumlah kematian di UK jauh lebih tinggi

Orang ramai beriadah di tepi pantai di Southend-on-Sea di tenggara England semalam selepas sekatan ditarik balik pada awal bulan lalu. - Foto AFP
Orang ramai beriadah di tepi pantai di Southend-on-Sea di tenggara England semalam selepas sekatan ditarik balik pada awal bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Jumlah kematian koronavirus (Covid-19) di United Kingdom (UK) telah meningkat kepada 46,000 jauh lebih tinggi daripada hampir 40,000 yang dilaporkan setakat ini, menurut kemas kini statistik hari ini.

Data Pejabat Statistik Kebangsaan (ONS) yang melakukan kajian berasingan kesemua kematian termasuk yang disyaki akibat Covid-19 menyaksikan peningkatan jumlah korban di England, Wales, Ireland Utara dan Scotland.

Sebelum ini, angka kematian yang dikeluarkan hanya melibatkan kematian yang disahkan positif virus itu.

Difahamkan, kebanyakan negara juga bergelut untuk mengira total keseluruhan kematian akibat wabak tersebut.

Semalam, Sepanyol mengambil langkah luar biasa selepas ia membuat semakan semula dan menambah hampir 2,000 angka korban sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 26,834.

Data terbaharu itu diperoleh selepas pegawai di Madrid menggunakan sistem pengumpulan data baharu dan mendapati beberapa kematian dikira sebanyak dua kali. - AFP

Artikel Berkaitan: