X

Kindly register in order to view this article
!

Perbicaraan kes rasuah PM Israel bermula

Netanyahu (kanan) tiba di mahkamah daerah di Baitulmaqdis pada hari pertama perbicaraan beliau semalam.
A
A

TEL AVIV - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam menolak semua tuduhan yang dikenakan ke atasnya pada permulaan perbicaraan kes rasuah beliau malah pemimpin Parti Likud itu turut mendakwa beliau kononnya telah diperangkap.

“Siasatan ini tidak telus dan wujud unsur manipulasi,” katanya ketika bercakap tentang tuduhan rasuah, pecah amanah dan penipuan yang dihadapinya.

Menurutnya, beliau telah menjadi mangsa politik yang bersubahat dengan media berhaluan kiri untuk menyingkirkannya.

Di luar mahkamah, ratusan penyokong dan penentang beliau turut berhimpun serta melaungkan slogan.

“Saya hadir ke mahkamah hari ini sebagai Perdana Menteri anda,” ujarnya yang berikrar untuk melawan tuduhan itu dan terus memimpin Israel di bawah penggal kelima pentadbirannya.

Netanyahu, 70, yang berdepan dakwaan itu pada November lalu tampil di mahkamah selepas menghadiri sesi kerja pertama Kabinet yang mengangkat sumpah pada minggu lalu selepas membentuk kerajaan perpaduan bersama bekas pesaingnya, Benny Gantz.

Beliau menjadi Perdana Menteri pertama Israel yang berdepan tuduhan jenayah dan menjadi pemimpin paling lama berkhidmat selama lebih 14 tahun. - AFP


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus