Covid-19: Kluster baharu Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu koronavirus (Covid-19) hari ini melibatkan Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas 44 kes positif dikesan di kawasan tersebut.

"Besar kemungkinan (punca jangkitan) pekerja asing yang bekerja di tapak pembinaan duduk di ruang sempit.

"Jadi ia satu faktor utama (punca jangkitan) daripada kajian kita.

"Kita percaya ruang sempit jadi faktor penyumbang (dan) kita kena perhalusi dan boleh laksanakan penjarakkan sosial," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Katanya, memandangkan ketika ini belum ada vaksin untuk mengubati jangkitan wabak Covid-19, semua pihak perlu mengamalkan penjarakkan sosial.

"Hari ini kita tiada vaksin (lagi), jadi vaksin yang adalah adalah dengan penjarakkan sosial," katanya.

Artikel Berkaitan: