Polis guna dron pantau hari pertama Syawal

Pemantauan sepasukan polis menggunakan kaedah dron di Kampung Perepat, Klang, semalam, bagi memastikan masyarakat mematuhi PKPB.
Pemantauan sepasukan polis menggunakan kaedah dron di Kampung Perepat, Klang, semalam, bagi memastikan masyarakat mematuhi PKPB.
A
A
A

KLANG - Polis melaksanakan pemantauan dari rumah ke rumah di Kampung Perepat, di sini, dengan menggunakan dron bagi memastikan tiada pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada hari raya pertama Aidilfitri, semalam.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor, Datuk K Kumaran berkata, operasi yang diketuai beliau itu dijalankan bermula jam 3 petang dengan sepasukan pegawai dan anggota pemantau JPJKK Selangor bersama Team Drone Pasukan Geralan Udara Bukit Aman.

"Lokasi pemantauan ini meliputi kawasan seluas 6 kilometer persegi dengan kepadatan perumahan sebanyak 290 buah rumah.

"Hasil pemantauan menggunakan kaedah dron mendapati terdapat 11 buah rumah yang telah dikenal pasti menjadi tumpuan kenderaan dan orang awam. Bagaimanapun pemeriksaan mendapati kesemua rumah tersebut mematuhi PKPB iaitu kurang daripada 20 orang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumaran (tengah) mengetuai pemantauan sepasukan polis menggunakan kaedah dron di Kampung Perepat, Klang, semalam, bagi memastikan masyarakat mematuhi PKPB.
Kumaran (tengah) mengetuai pemantauan sepasukan polis menggunakan kaedah dron di Kampung Perepat, Klang, semalam, bagi memastikan masyarakat mematuhi PKPB.

Beliau berkata, selain itu pemeriksaan kenderaan turut dilakukan dan mendapati tiada pergerakan rentas negeri berlaku.

Tambah Kumaran, masyarakat juga dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard PKPB khususnya dalam penjarakkan sosial, penggunaan topeng muka serta menjaga kebersihan diri.

"Nasihat juga diberi agar tidak bermain mercun kerana ia bukan sahaja perbuatan menyalahi undang-undang tetapi juga boleh mengundang bahaya. Masyarakat diminta menyalurkan maklumat sekiranya ada mana-mana pihak yang melanggar PKPB," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, Polis Selangor sangat komited dalam memastikan masyarakat mematuhi PKPB.