X

Kindly register in order to view this article
!

Ketua Audit Negara sah positif Covid-19

Nik Azman Nik Abdul Majid
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Audit Negara (JAN) mengesahkan satu memo memaklumkan bahawa Ketua Audit Negara positif koronavirus (Covid-19) dan akan dikuarantin di hospital, yang menjadi viral, dikeluarkan oleh beliau sendiri.

Dalam kenyataan hari ini JAN berkata, memo itu dikeluarkan bagi edaran dalaman dan bukannya untuk dikongsi dengan pihak luar.

Memo itu dikeluarkan oleh Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid kepada pengurusan kanan jabatan berkenaan.

"Tujuan memo itu adalah bagi memastikan bahawa pentadbiran JAN tetap berjalan dengan lancar, dalam keadaan ketiadaan Ketua Audit Negara.

"Tujuan Covid-19 disebut dalam memo itu adalah bagi memaklumkan tindakan yang perlu serta pantas, dan langkah-langkah yang harus diambil bagi membendung kemungkinan penularan Covid-19 dalam kalangan pegawai dan petugas JAN,” menurut kenyataan itu.

JAN berkata, semua kontak rapat telah dimaklumkan untuk tindakan yang sewajarnya, dan bangunan yang terlibat, Block F2 Kompleks F di Presint 1, Putrajaya telah disanitasi dan dinyah kuman semalam. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus