CPRC beroperasi seperti biasa

CPRC Kebangsaan beroperasi seperti biasa pada Aidilfitri.
CPRC Kebangsaan beroperasi seperti biasa pada Aidilfitri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan beroperasi seperti biasa esok dalam menangani penularan wabak terutama koronavirus (Covid-19) yang ketika ini dihadapi negara meskipun sambutan Aidilfitri esok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, taklimat terkini mengenai Covid-19 tetap berjalan seperti biasa di pejabatnya awal pagi tadi.

"Begitulah pengorbanan mereka dan 'frontliners' lain di fasiliti-fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM)," kata beliau dalam perkongsiannya di Facebook di sini hari ini.

Taklimat itu disertai Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon; Pengarah Kawalan Penyakit, Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan, Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dr Adham seterusnya menyeru rakyat mematuhi undang-undang, arahan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa terutama di musim perayaan ini.

"Kita mesti menang dalam perjuangan ini. Bersama kita teruskan perjuangan ini agar rantaian penularan Covid-19 dapat diputuskan!" katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: