X

Kindly register in order to view this article
!

20 lelaki ditahan disyaki bergaduh di PPR Jalan Ipoh

Video kes pergaduhan tular di laman sosial.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan 20 lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan di kawasan parkir Program Perumahan Rakyat (PPR) di Jalan Ipoh di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian pergaduhan itu pada jam 10.50 malam.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah salah faham. Pada awalnya, sekumpulan kira-kira 10 lelaki bergaduh sesama ahli keluarga.

“Kemudian, berlaku pula pertengkaran dengan sekumpulan lelaki lain yang cuba meleraikan pergaduhan itu dan dianggap mencampuri urusan keluarga mereka,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurutnya, akibatnya berlaku tolak menolak dan pergaduhan di antara dua kumpulan tersebut selain kerosakan kenderaan di parkir di kawasan tersebut kerana dilanggar kenderaan suspek.

“Setakat ini, kita masih belum menerima laporan daripada pemilik kenderaan yang rosak itu. Kesemua individu yang ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 33 tahun.

“Seorang daripada mereka mengalami kecederaan di jari. Kesemua mereka yang ditahan itu direman empat hari bermula hari ini hingga Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus