X

Kindly register in order to view this article
!

Minyak sawit mentah mampu cecah RM2,400 satu tan

A
A

BANGI - Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) mampu mencecah jualan RM2,300-RM2,400 bagi satu tan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, peningkatan harga ini pasti melegakan puluhan ribu pekebun kecil, malah menguntungkan pihak industri yang terkesan ekoran jumlah eksport menyusut beberapa bulan lalu.

“Saya berharap harga sawit ini akan terus melambung tinggi supaya hasil yang lebih ini dapat dimanfaatkan terutama kepada pekebun-pekebun sawit di Malaysia.

“Perkembangan positif ini juga akan membantu menampung perbelanjaan keluarga ketika negara di landa pendemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

AHMAD JAZLAN
AHMAD JAZLAN

Ahmad Jazlan berkata, perkembangan ini pastinya amat mengembirakan MPOB dan kerajaan kerana komoditi sawit juga turut menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.76 peratus yang berjumlah 64.84 billion.

Sebelum ini, harga minyak sawit terendah pernah dicatatkan pada Disember 2018 iaitu sebanyak RM1,794.50 satu tan dan RM1,879.00 satu tan (Julai 2019) bagi tempoh 2016-2019.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan India kerana tidak melanjutkan sekatan import terhadap minyak sawit ditapis yang sekaligus membantu meningkatkan ekspot Malaysia ke negara berkenaan.

“Kenaikan harga ini berlaku berikutan daripada hubungan diplomatik Malaysia-India semakin baik di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas kerajaan Perikatan Nasional yang mengambil alih tampuk pimpinan sejak Mac 2020,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus