Gigih cari rezeki walaupun bertongkat

Mohd Shafie menunjukkan kadnya sebagai penerima bantuan JKM. (Gambar kanan: Walaupun bertongkat, Hariffin masih mampu mencari rezeki bagi menampung kehidupannya.)
Mohd Shafie menunjukkan kadnya sebagai penerima bantuan JKM. (Gambar kanan: Walaupun bertongkat, Hariffin masih mampu mencari rezeki bagi menampung kehidupannya.)
A
A
A

PELABUHAN KLANG - Seorang warga emas OKU masih gigih mencari rezeki walaupun layak menerima bantuan JKM.

Hariffin Dani, 62, berkata, bantuan RM400 sebulan yang diterima tidak mampu menampung kos kehidupannya sekeluarga.

“Memang pakcik ada terima bantuan JKM tapi itu tak cukup. Sebab itu pakcik mula berniaga jual air kelapa, air tebu, pisang goreng dan kuih muih di Taman Kem, di sini, sejak dua tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, walaupun bertongkat kerana kecacatan kaki kanan dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan pada 2015, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki.

“Sewa rumah RM400, jadi memang tak cukup. Sebab itulah pakcik berniaga kecil-kecilan. Dapatlah dalam RM700 sebulan.

“Kita tak boleh bergantung kepada bantuan sahaja. Memang tak cukup kerana semua barang mahal,” katanya.

Sementara itu di Kuala Selangor, Mohd Shafie Osman, 58, berkata, dia bersyukur menerima bantuan bulanan disediakan JKM bagi meringankan bebannya.

“Pakcik sebelum ini terlantar akibat strok dan sikit-sikit boleh bergerak untuk uruskan diri sendiri tapi tak boleh nak buat kerja...nak mandi, masak makan sendiri tu bolehlah buat.

Artikel Berkaitan:

“Tapi nak kerja cari duit memang tak boleh...jadi terpaksalah isteri kerja jadi pembantu kedai makan dengan upah sehari RM25. Kerja pun dalam seminggu tu tiga kali ikut orang.

“Nak ikutkan kalau upah RM25 tu memang tak cukup nak bayar bil api, air dan belanja dapur tapi nak buat macam mana...bantuan bulan-bulan RM350 JKM bagi pun cukup-cukup,” katanya.

Katanya, kos perbelanjaan perubatan dengan kos sewa kenderaan setiap dua hingga tiga bulan juga kadang-kadang memberi tekanan kepada mereka sekeluarga.

“Kami tak ada kereta jadi kena sewa. Kalau sewa tu pergi balik dah RM50 belum makan minum dekat hospital lagi. Kos perubatan pun kalau campur kos pengangkutan boleh cecah RM150.

“Belanja dapur pun kadang-kadang tak cukup, jadi kalau boleh, bantuan bulan-bulan tu kalau dapat dinaikkan, syukur alhamdulillah,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: OKU dapat bantuan tapi tak cukup!]

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Naikkan bantuan jadi RM500']

[ARTIKEL BERKAITAN: Tidak amal konsep negara kebajikan]

[ARTIKEL BERKAITAN: 3,617 individu di Kuala Lumpur terima elaun pekerja cacat]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kadar bantuan JKM naik bermula 2018]