Menyamar nelayan seludup dadah

Sanifah (tengah) menunjukkan guni yang disorokkan dalam bungkusan plastik teh Cina yang ditinggalkan dalam sebuah bot di muara Parit Jawa, Muar kelmarin.
Sanifah (tengah) menunjukkan guni yang disorokkan dalam bungkusan plastik teh Cina yang ditinggalkan dalam sebuah bot di muara Parit Jawa, Muar kelmarin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Menyamar sebagai nelayan dan menggunakan sebuah bot fiber kecil menjadi taktik sindiket penyeludupan dadah dengan menyembunyikan barang terlarang dalam bungkusan plastik teh Cina sebelum diisikan dalam guni yang biasanya digunakan untuk mengisi hasil tangkapan ikan.

Penyeludup yang menyamar sebagai nelayan itu kemudian menghampiri kawasan sempadan negara lalu menyerahkan dadah tersebut kepada pihak lain yang sedang menunggu sebelum menggunakan bot fiber atau bot laju untuk melarikan diri ke negara mereka.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor, Kepten Maritim Sanifah Yusof berkata, modus operandi sindiket penyeludupan dadah itu dikesan dilakukan kira-kira 0.4 nautika tenggara di muara Parit Jawa, Muar pada jam 5.30 petang kelmarin.

"Kita menemukan sebuah bot fiber dan hasil pemeriksaan terdapat dadah jenis syabu dalam bentuk serbuk kristal disembunyikan dalam lima bungkusan plastik teh Cina.

No Image Caption

"Setiap satu bungkusan teh Cina itu seberat 1 kilogram (kg) yang disembunyikan di ruang penyimpanan tong minyak. Semua syabu itu berjumlah 5kg dengan anggaran nilai RM250,000.

"Bagaimanapun, suspek meloloskan diri selepas dapat menghidu kedatangan APMM dipercayai dimaklumkan tonto laut yang menyalurkan maklumat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat APMM Johor di sini semalam.

Katanya, keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah, bot fiber dan enjin bot berjumlah RM265,500.

Artikel Berkaitan: