RM1juta baiki kerosakan bumbung PPR

Nor Hisham meninjau kerosakan bumbung di PPR Air Panas susulan hujan lebat semalam.
Nor Hisham meninjau kerosakan bumbung di PPR Air Panas susulan hujan lebat semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperuntukkan kos sebanyak RM1juta untuk membaiki bumbung yang rosak akibat hujan lebat semalam, di beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar ibu kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, antara kawasan terjejas adalah PPR Seri Semarak, PPR Gombak Setia, PPR Desa Rejang serta PPR Air Panas iaitu blok B sementara blok H di PPR itu pula terjejas teruk apabila lapan kereta penduduk mengalami kerosakan terkena serpihan bumbung terbang itu.

"Saya telah ke lokasi bagi melihat kerosakan itu dan saya minta tindakan segera akan dilakukan bagi kerja-kerja pembaikan ringan sementara kerosakan besar disambung selepas cuti Aidilfitri melibatkan kos keseluruhan dianggarkan RM1 juta.

" Insiden tersebut bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada orang awam," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, hujan lebat sekitar jam 5 petang semalam turut menyebabkan kejadian pokok tumbang dan dahan serkah di 41 lokasi sekitar Kuala Lumpur antaranya Jalan Raja Laut bersebelahan LRT Sogo, Jalan 1A/6 Uptown Danau Kota, Jalan Bukit Setiawangsa dan No 47 Jalan Kasipilay.

Sebanyak enam pasukan telah digerakkan untuk kerja pengalihan dan pembersihan pokok tumbang tersebut.

Artikel Berkaitan: