Pelakon filem Twilight, teman wanita meninggal dunia

Gregory Tyree Boyce (Paparan Facebook Lisa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai memberi sokongan kepadanya.)
Gregory Tyree Boyce (Paparan Facebook Lisa mengucapkan terima kasih kepada orang ramai memberi sokongan kepadanya.)
A
A
A

PELAKON filem siri pertama Twilight 2008, iaitu Gregory Tyree Boyce ditemui meninggal dunia bersama teman wanitanya, Natalie Adepoju di kediaman mereka yang terletak di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat pada 13 Mei lalu.

Menerusi CNN, jurucakap Penyiasat Perubatan Clark County mengesahkan pelakon terkenal meninggal dunia pada usia 30 tahun.

Difahamkan, kejadian pada 13 Mei itu disedari oleh sepupunya yang ternampak kereta Boyce masih berada di rumahnya sedangkan sepatutnya pada waktu itu Boyce perlu berada di Los Angeles.

Curiga dengan situasi itu, sepupunya kemudian pergi ke kondominium Boyce untuk memeriksa keadaannya.

Namun terkejut apabila menemui Boyce dan teman wanitanya itu sudah tidak bernyawa.

Pihak berkuasa mengklasifikasikan kejadian tersebut tiada unsur jenayah dan siasatan lanjut akan dilakukan.

Menerusi perkongsian ibu Boyce iaitu Lisa Wayne di Facebook, dia meluahkan rasa sedih dengan kehilangan anak lelakinya itu.

Dalam pada itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan para peminat yang tidak henti mengucap kata-kata sokongan kepadanya.

Artikel Berkaitan:

Lisa berkata, mereka sepatutnya berjumpa semalam untuk membincangkan mengenai perancangan masa hadapan tetapi sayangnya dia sudah pergi buat selama-lamanya sebelum sempat berbuat demikian

Difahamkan, kali terakhir Lisa bertemu dengan anak lelakinya adalah pada 11 Mei 2020 yang lalu untuk menyambut Hari Ibu dan itu adalah kali terakhir dia dapat memeluk, mencium dan bergelak ketawa bersama anak lelakinya, Boyce.