Atur jadual elak kesesakan di kaunter JPJ

Norma baharu penjarakkan sosial di kaunter JPJ.
Norma baharu penjarakkan sosial di kaunter JPJ.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Orang ramai yang mahu berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mengatur jadual sebaik mungkin bagi mengelak kesesakan di kaunter.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Mohd Solihan Badri berkata, orang ramai juga dinasihatkan menggunakan perkhidmatan sistem dalam talian MY EG Services Berhad (MyEG) kerana tidak semua kaunter JPJ sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurutnya, sejak perkhidmatan kaunter JPJ dibuka kepada orang ramai pada 16 Mei berlaku kesesakan selain menimbulkan kegusaran dari aspek kepatuhan terhadap pelaksanaan norma baharu antaranya penjarakan sosial.

"Kerajaan negeri ingin memaklumkan bahawa orang ramai tidak perlu membaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

"Ia hanya memadai dengan membaharui insurans kenderaan sahaja sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan dan kelonggaran ini terpakai sehingga dimaklumkan kelak," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, beliau meminta orang ramai mematuhi norma baharu yang ditetapkan bagi memastikan penularan koronavirus (Covid-19) dapat diputuskan.

Artikel Berkaitan: