Sabah benar solat jemaah di masjid, surau terpilih mula 22 Mei

Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengambil ketetapan untuk membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk terawih dan solat Jumaat di masjid dan surau terpilih bermula Jumaat ini.
Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengambil ketetapan untuk membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk terawih dan solat Jumaat di masjid dan surau terpilih bermula Jumaat ini.
A
A
A

KOTA KINABALU - Majlis Fatwa Negeri Sabah telah mengambil ketetapan untuk membenarkan aktiviti solat berjemaah termasuk terawih dan solat Jumaat di masjid dan surau terpilih bermula Jumaat ini.

Mufti Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya diberikan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid dan surau sahaja dan tidak melebihi empat jemaah.

Beliau berkata, bagi solat terawih, lebih digalakkan didirikan lapan rakaat dan selebihnya dilaksanakan di rumah manakala solat Jumaat bilangan ahli jemaah tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada 12 jemaah termasuk imam dan khatib.

"Bagaimanapun, kebenaran ini tidak melibatkan solat sunat Aidilfitri. Oleh itu, semua jemaah dinasihatkan supaya mengadakan solat sunat itu di rumah.

"Takbir hari raya hanya dibenarkan pada malam raya sahaja dengan bilangan jemaah empat orang dalam kalangan AJK masjid atau surau," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Bungsu Aziz berkata, AJK masjid dan surau yang berusia lebih 70 tahun tidak dibenarkan untuk hadir berjemaah.

Beliau berkata, setiap jemaah perlu membuat pengesanan suhu badan, memakai topeng muka, menggunakan cecair pembasmi kuman, merekodkan kehadiran dan perlu ada penjarakkan sosial antara jemaah. - Bernama

Artikel Berkaitan: