Kelindan maut lori masuk parit

Lori yang terbalik selepas terbabas di tepi parit di Lebuh Raya Utara Selatan di Pendang tadi.
Lori yang terbalik selepas terbabas di tepi parit di Lebuh Raya Utara Selatan di Pendang tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang kelindan lori warga Bangladesh maut apabila lori tiga tan dinaikinya terbabas sebelum terjunam ke dalam parit di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pendang, dekat sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.15 pagi melibatkan lori terbabas ke dalam parit di tepi lebuh raya itu.

Menurutnya, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang bergegas ke lokasi kejadian bersama jentera sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 12 minit kemudian.

"Berdasarkan maklumat komander operasi, seorang kelindan warga Bangladesh berusia 40-an meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 30 tahun mengalami patah tangan dan kaki," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel Berkaitan: